200 Pil Kuda Dirampas Di Jerteh
200 Pil Kuda Dirampas Di Jerteh
Besut,
8 April – Sebanyak 200 biji pil yaba atau kuda dirampas dari dua suspek
yang dipercayai sedang menunggu pelanggan di Kampung Pengkalan Sentol
dekat Jerteh awal pagi semalam.
Bagaimanapun
kedua-dua suspek berjaya melarikan diri ke dalam kawasan semak
berhampiran. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria
berkata anggota peronda pada mulanya ternampak dua lelaki berkenaan
sedang duduk di atas motosikal masing-masing dalam keadaan mencurigakan.
"Setelah
dihampiri, kedua-duanya melarikan diri ke dalam semak yang berhampiran
dan menghilangkan diri dengan meninggalkan motosikal mereka.
"Setelah
diperiksa motosikal itu, ditemui sebuah beg sandang yang di dalamnya
terdapat 200 biji pil berwarna kemerahan dan kehijauan yang dibungkus
dalam plastik," katanya. Kamaruddin berkata kedua-dua suspek akan
ditahan tidak lama lagi. -BERNAMA