Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

20 Suspek Kes Jenayah Di Taiping Ditahan

Published: 11 Apr 2016 1.38 PM Updated: 15 Aug 2026 7.29 PM
Taiping, 11 April 2016 - Polis Taiping menahan 20 suspek dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah termasuk ragut, pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/20-suspek-kes-jenayah-di-taiping-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:59 MYT
Taiping, 11 April 2016 - Polis Taiping menahan 20 suspek dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah termasuk ragut, pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini. 

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata semua suspek berkenaan ditahan dalam operasi yang diadakan sejak Khamis sehingga satu tempoh yang belum ditetapkan.

"Hasil operasi sehingga Ahad, 20 suspek terdiri daripada 18 lelaki serta dua wanita berumur antara 17 dan 59 tahun ditahan dan semua bukan daripada satu sindiket," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Harrith Kam berkata 17 daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan
terdapat lapan suspek yang ditahan positif dadah. 

Beliau berkata dengan tertangkapnya suspek berkenaan, polis menyelesaikan 19 kes jenayah di daerah itu antaranya samun, pecah rumah dan curi, curi dalam bangunan, memiliki dadah, curi kenderaan serta ragut.

Selain itu polis turut merampas sebuah kereta, dua motosikal, komputer riba, kamera, dua peti besi dan 25 kad prabayar daripada suspek. Harrith Kam berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama orang ramai dan pihak polis akan terus memperhebat program kepolisian komuniti untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat.- BERNAMA
ArticlePublished 11 Apr 2016 1.38 PMUpdated 15 Aug 2026 7.29 PM