Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Suami Isteri Ditahan Di Bukit Dumbar Rampas 47 3kg Ganja

Diterbitkan: 11 Apr 2016 1.37 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.29 PM
George Town, 11 April 2016 - Sepasang suami isteri ditahan dan polis merampas 47.3 kilogram (kg) ganja bernilai kira-kira RM150,000 di Bukit Dumbar, di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suami-isteri-ditahan-di-bukit-dumbar-rampas-47-3kg-ganja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:22 MYT
George Town, 11 April 2016 - Sepasang suami isteri ditahan dan polis merampas 47.3 kilogram (kg) ganja bernilai kira-kira RM150,000 di Bukit Dumbar, di sini hari ini.

Pasangan itu ditahan dalam sebuah kereta oleh Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman selepas mengekori kereta terbabit di kawasan itu pada pukul 11 pagi ini. 

Hasil pemeriksaan, polis menemui dadah jenis ganja yang disembunyikan di dalam kenderaan berkenaan. 

Menurut sumber, polis tidak menolak kemungkinan bekalan ganja itu baru diambil daripada sindiket dan untuk dihantar kepada pembeli.

"Pasangan warga tempatan berusia 30-an itu dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah yang aktif di Pulau Pinang. Lelaki terbabit juga positif dadah," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sumber berkata sindiket yang bergerak aktif sejak beberapa bulan lepas itu dipercayai mendapatkan bekalan dari negara jiran sebelum membungkusnya semula dan menjual kepada pembeli.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan anggota sindiket
pengedaran dadah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman twiternya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan Sting PDRMSia atas kejayaan itu.

"Syabas Sting PDRMsia tadi tangkap dua orang di Bukit Dumbar Pulau Pinang dan rampas 47.3kg ganja. GoPDRMgo," katanya.

Satu sidang akhbar berhubung rampasan itu dijadual diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang esok.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 11 Apr 2016 1.37 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.29 PM