Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

2 Rakyat Turki Seludup 13 8kg Syabu Diberkas

Diterbitkan: 16 Jun 2014 1.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
SHAH ALAM 1 Sept. - Kisah warga Iran, India dan Bangladesh yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana cuba menyeludup dadah ke negara ini telah kerap kali dilaporkan...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/2-rakyat-turki-seludup-13-8kg-syabu-diberkas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:11 MYT

SHAH ALAM 1 Sept. - Kisah warga Iran, India dan Bangladesh yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana cuba menyeludup dadah ke negara ini telah kerap kali dilaporkan.

Kali ini, dua lelaki rakyat Turki pula dikesan cuba menyeludup 13.8 kilogram (kg.) dadah disyaki syabu yang dianggarkan bernilai RM3.5 juta, kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Supritendan Abd. Razak Md. Zin berkata, kedua-dua suspek berusia 18 dan 26 tahun itu ditahan di ruang ketibaan KLIA, pukul 10.30 pagi.

Menurut beliau, mereka yang dipercayai pertama kali memasuki negara ini ditahan selepas dilihat oleh pihak berkuasa berkelakuan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan ke atas tiga bagasi dibawa mereka menemui bungkusan disyaki syabu yang disorokkan di dalam tempat rahsia.

"Siasatan awal mendapati mereka singgah di dua negara lain sebelum sampai di Malaysia. Kedua-dua suspek tidak mempunyai pekerjaan dan ujian air kencing mendapati mereka negatif mengambil dadah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abd. Razak memberitahu, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 7 September ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, katanya, polis berjaya menahan seorang lelaki Iran yang cuba menyeludup masuk 2 kg. syabu bernilai RM500,000 dalam bagasi miliknya, di KLIA, pada pukul 9.30 pagi semalam.

Katanya, suspek direman sehingga 6 September ini untuk disiasat di bawah akta yang sama.

"Suspek menggunakan modus operandi sama dengan menyorokkan syabu di bahagian rahsia yang direka khas dalam bagasi miliknya," ujar beliau.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 1.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM