195 Terima Pingat Di Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Kuala Lumpur - 19 Jun 2012
Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi
Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan
Badlishah, berkenan menganugerahkan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
kepada seramai 195 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia
(PDRM). Istiadat berlangsung di Balirong Seri, Istana Negara, Kuala
Lumpur, sempena sambutan Hari Polis Ke-205 tahun 2012.
Mendahului
senarai, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM
dianugerahkan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).
Darjah
Setia Pasukan Polis (PSPP), di anugerahkan kepada 22 pegawai kanan. Di
antara penerimanya YDH DCP Dato' Zamri Yahya, YDH SAC Dato' A. Rahman
Ahmad, YDH SAC Dato' Ramli Haji Din, YDH SAC Noor Azam Jamaludin, YDH
SAC Abd. Aziz Alwee dan ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah.
Manakala
Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP) dianugerahkan kepada 39 pegawai, di
antaranya Supt. Nur Muhammad Othman, Supt. Moses Agat, Supt Mah Khye
Beng, Supt Landi Ilod, DSP Mohd Nadzir Gulam Kadir, DSP Adzhar Othman
dan ASP Kok Chai Fong.
Darjah Kesatria Pasukan Polis
(KPP) dianugerahkan kepada lapan pegawai. Terdiri daripada P/ASP Mohd
Yusoff Tahir, Insp. Azman Omar, Insp. N. Visvanathan, Insp. Jamil Ahmad,
Insp. M. Madialagan, Insp. Mazli Abd Aziz dan Insp. Zulkifli Zakaria.
Seterusnya
Pingat Bentara Pasukan Polis (BPP), dianugerahkan kepada 125 anggota
pangkat rendah. Di antara penerimanya S/Insp. Abd Ghani Ali, Sjn. Mejar
Manoharan Shunmugam, Sjn. Mejar Abdul Rahman Abdullah, Sjn/D Kamsiah Md.
Yusoff, Sjn/D. Ganesarao Bentaiah, Sjn. Kulop Leama, Kpl. Solomoto
Appoou, Kpl. Bah Berding Bah Bembang dan Kpl. John Dana Tagam.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat di istiadat yang bersejarah itu.
Hadir
sama YAB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YDH
Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara dan
YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar,
Timbalan Ketua Polis Negara.
Gambar sekitar Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis























Wartawan/Jurufoto : S/I Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo