18 Individu Ditahan Rampas Dadah Bernilai Rm1 1 Juta 20140619
Sepanjang
tempoh 21 Januari 2013 hingga 25 Januari 2014, Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik Kontinjen Kuala Lumpur telah melakukan beberapa siri tangkapan
membabitkan kegiatan pengedaran dadah di sekitar ibu negara.
Tangkapan-tangkapan
tersebut membabitkan (9) lelaki Cina termasuk (2) warganegara
Singapura, (3) lelaki warganegara Indonesia, (1) lelaki Melayu
warganegara Singapura dan (5) perempuan Cina tempatan.
Daripada
tangkapan yang dibuat polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah
antaranya 4738 gram Syabu, 966 biji Erimin 5, 7969 biji Pil Ecstasy dan
1224.5 gram Ketamin. Rampasan dadah yang dibuat dianggarkan bernilai RM
1,097,080.00.
Turut
dirampas wang tunai RM 123,500.00 dan Dollar Singapura 23,095.00 (RM
60,047.00) dipercayai hasil daripada kegiatan pengedaran dadah. Selain
itu, lima buah kenderaan turut sita iaitu sebuah Mercedez S350, sebuah
Volvo xc90t6, sebuah Honda Civic, sebuah Volvo 540 dan sebuah BMW 320i.
Jumlah besar keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM 2,230,718.00.
Kesemua
tangkapan kini ditahan reman untuk sisatan lanjut, daripada 18 orang
yang ditahan 11 didapati positif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen
39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati
jika disabitkan dengan kesalahan'.







Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur