Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lima Lelaki Dipercayai Rompak Pengerusi Gerakan Melaka Diber

Diterbitkan: 19 Jun 2014 12.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Melaka, 29 Jan - Polis Melaka memberkas lima lelaki dalam tempoh dua jam selepas dipercayai melakukan rompakan di rumah Pengerusi parti Gerakan Melaka Datuk Lee Ah Fat di Jalan Palembang, Bukit Baru d..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-lelaki-dipercayai-rompak-pengerusi-gerakan-melaka-diber-20140619
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:04 MYT

Melaka, 29 Jan - Polis Melaka memberkas lima lelaki dalam tempoh dua jam selepas dipercayai melakukan rompakan di rumah Pengerusi parti Gerakan Melaka Datuk Lee Ah Fat di Jalan Palembang, Bukit Baru di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 6.50 pagi ini sebelum unit rondaan polis diarah ke tempat kejadian.

Beliau berkata polis yang tiba di rumah mangsa kemudian melihat tiga lelaki bertopeng di kawasan rumah itu sebelum mengarahkan mereka menyerah diri.

"Ketiga-tiga lelaki itu bagaimanapun bertindak melarikan diri ke kawasan kejiranan namun berjaya diberkas polis," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Katanya polis turut berjaya merampas tiga bilah parang dipercayai digunakan ketika rompakan itu.

Salehhudin berkata susulan penangkapan tiga lelaki berkenaan, pihaknya menahan dua lagi lelaki yang berada di dalam dua buah kenderaan jenis Toyota Wish dan Nissan Teana disyaki rakan penjenayah terbabit, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Beliau berkata polis masih mengesan barangan yang dilaporkan hilang termasuk tiga utas jam tangan berjenama Rolex, Elba dan Tissot serta wang tunai RM2,000.

Katanya Lee yang berada di rumah ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua suspek yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 41 tahun disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak, katanya.

Sementara itu, Lee berkata ketika kejadian kira-kira 6.30 pagi, beliau berada berseorangan di rumah selepas isteri, anak dan menantunya keluar rumah untuk mengikuti kelas yoga.

Katanya seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arahnya dan memintanya menyerahkan wang.

"Saya kata ambil lah apa mahu, jangan cederakan saya," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 12.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM