Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

173 Unit Komputer Judi Online Dirampas Q

Published: 18 Jun 2014 8.05 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Kuala Lumpur - Pengunjung dan penjaga premis judi online bertempiaran lari selepas polis menggempur dua blok bangunan rumah kedai di Jalan Rampai Niaga 3, petang semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/173-unit-komputer-judi-online-dirampas-q
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:47 MYT

Kuala Lumpur - Pengunjung dan penjaga premis judi online bertempiaran lari selepas polis menggempur dua blok bangunan rumah kedai di Jalan Rampai Niaga 3, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu turut merampas sebanyak 173 unit komputer dan menahan seramai enam lelaki dipercayai penjaga premis terbabit.

"Operasi lima jam berakhir jam 7 malam itu, tertumpu di tiga lokasi iaitu Sri Rampai, sekitar pusat perniagaan Rampai dan Wangsa Maju, katanya.

Zakaria berkata, pihaknya telah menjalankan serbuan sebanyak 11 kali di lokasi tersebut dan merampas 223 mesin judi sepanjang Januari ini.

"Kita mendapati terdapat 10 hingga 15 premis judi di lokasi tersebut.

"Kita meminta kerjasama awam menyalurkan maklumat tepat berhubung kegiatan berkenaan.

"Pihak berkuasa tempatan juga boleh tampil membantu dalam usaha membanteras kegiatan tidak sihat," katanya.

173 Unit Komputer Judi Online Dirampas Q
Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.05 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM