171 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Di Tawau
Tawau,
19 Dis - Sejumlah 197 individu ditahan dalam operasi bersepadu di
perkampungan Sungai Buaya dan Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas di sini hari
ini.
Ketua
Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata setelah proses
dokumentasi dijalankan, 171 pendatang tanpa izin diserah kepada Jabatan
Imigresen kerana tiada dokumen pengenalan diri manakala selebihnya
dibebaskan kerana memiliki dokumen yang sah.
"Dalam
operasi itu, kesemua pendatang itu terdiri daripada 104 lelaki dan 67
wanita berumur sekitar 14 hingga 57 tahun dan lima daripada lelaki itu
positif dadah," katanya.
Operasi itu bermula dari pukul 5.30 pagi hingga 8.30 pagi melibatkan polis dan Jabatan Imigresen.
Sumber : BERNAMA