Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

171 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Di Tawau

Published: 18 Jun 2014 6.49 AM Updated: 15 Aug 2026 7.34 PM
Tawau, 19 Dis - Sejumlah 197 individu ditahan dalam operasi bersepadu di perkampungan Sungai Buaya dan Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas di sini hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/171-pendatang-tanpa-izin-ditahan-di-tawau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:56 MYT

Tawau, 19 Dis - Sejumlah 197 individu ditahan dalam operasi bersepadu di perkampungan Sungai Buaya dan Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata setelah proses dokumentasi dijalankan, 171 pendatang tanpa izin diserah kepada Jabatan Imigresen kerana tiada dokumen pengenalan diri manakala selebihnya dibebaskan kerana memiliki dokumen yang sah.

"Dalam operasi itu, kesemua pendatang itu terdiri daripada 104 lelaki dan 67 wanita berumur sekitar 14 hingga 57 tahun dan lima daripada lelaki itu positif dadah," katanya.

Operasi itu bermula dari pukul 5.30 pagi hingga 8.30 pagi melibatkan polis dan Jabatan Imigresen.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.49 AMUpdated 15 Aug 2026 7.34 PM