Article
17 Ditahan Ketika Leka Berjudi Sabung Ayam
Seramai 17 lelaki sedang leka menyabung ayam ditahan polis dalam satu serbuan di Hutan Klang Villa, Pandamaran di sini semalam.
Seramai 17 lelaki sedang leka menyabung ayam ditahan polis dalam satu serbuan di Hutan Klang Villa, Pandamaran di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, kegiatan tersebut mula dikesan sejak sebulan lalu dan aktif melakukan kegiatan judi sabung ayam setiap hujung minggu. Semua yang ditahan berumur dalam lingkungan 33 hingga 60 tahun. Turut dirampas adalah 17 ekor ayam sabung kepunyaan mereka.
Sumber: Kosmo