Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

167 Butir Peluru Dicampak Di Tepi Jalan

Published: 18 Jun 2014 8.40 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Kota Bharu, 25 Jan - Sebanyak 167 butir peluru hidup dicampak seorang lelaki di sebatang jalan di bandar Gua Musang tengah malam tadi...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/167-butir-peluru-dicampak-di-tepi-jalan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:20 MYT

Kota Bharu, 25 Jan - Sebanyak 167 butir peluru hidup dicampak seorang lelaki di sebatang jalan di bandar Gua Musang tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata 40 butir dripada peluru itu adalah jenis 5.56 mm, 20 butir jenis 4.62 mm, 98 butir blank 5.56 dan sembilan butir jenis 9 mm ball.

Beliau berkata lelaki tersebut pada mulanya dilihat sedang berjalan di kawasan susur masuk ke sebuah kuil kira-kira pukul 12.22 tengah malam.

"Ketika pihak polis yang sedang membuat rondaan cuba menghampiri lelaki tersebut, dia bertindak melarikan diri dan telah membuang sesuatu.

Setelah pihak polis mengutip satu bekas plastik yang dicampak itu, ia didapati berisi peluru," katanya. Saiful Bahri berkata suspek gagal dikesan.

Terdapat kesan karat dan lumpur pada peluru tersebut, katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.40 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM