21 450 Liter Minyak Bersubsidi Dirampas
Semporna,
25 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 21,450 liter minyak
bersubsidi dalam dua operasi berasingan di perairan Semporna semalam.
Komander
PPM Wilayah 4, ACP Mohamad bin Madun berkata 13,650 liter daripada
minyak itu adalah petrol yang dirampas oleh PPM Semporna dalam operasi
kira-kira pukul 9.00 malam di pesisir Laut Labuan Haji.
Manakala
selebihnya sebanyak 6,800 liter ialah minyak petrol dan 1,000 liter
minyak diesel yang dirampas oleh PPM Semporna dalam operasi kira-kira
pukul 9.40 malam di perairan Laut Sibangkat, semalam.
"Dalam
operasi di Pesisir Laut Labuan Haji itu, pihak kami turut merampas
sebuah perahu jongkong, dua enjin sangkut, 11 unit tong gas LPG dan
menahan enam orang lelaki, seorang daripadanya ialah warga tempatan
manakala selebihnya ialah warga Filipina" ujar beliau.
"Manakala
dalam operasi di kawasan perairan laut Sibangkat pula kami turut
menahan tiga orang lelaki warga Filipina, sebuah perahu jongkong yang
digunakan dalam kegiatan penyeludupan, dua enjin sangkut dan dua unit
tong gas LPG" katanya lagi.
Kesemua warga Filipina yang ditahan dalam kedua-dua operasi itu juga didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Menurut
beliau, nilai kesemua rampasan termasuk bot ialah kira-kira RM122,985
dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Sumber : Pasukan Polis Marin Semporna