
Article
16 Pegawai Dan Anggota Pdrm Tamat Kursus Asas Sniper Utk
Ipoh, 27 Disember 2022 - Seramai 16 pegawai kanan dan anggota dari pelbagai pangkat hari ini melakar sejarah dalam kerjaya masing-masing apabila berjaya menama...
Ipoh, 27 Disember 2022 - Seramai 16 pegawai kanan dan anggota dari pelbagai pangkat hari ini melakar sejarah dalam kerjaya masing-masing apabila berjaya menamatkan Kursus Asas Sniper Unit Tindakhas (UTK) Siri 2 bagi Tahun 2022.
Kesemua yang berjaya telah membuktikan diri mereka layak selepas menjalani pelbagai latihan yang penuh mencabar selama hampir sebulan di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak.
Dalam majlis perasmian penutup yang diadakan, Inspektor Mohd Ridzuan Ismail dari UTK telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik. Penganugerahan sijil tamat kursus telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani di Lapang Sasar Briged Utara PGA, pagi tadi.
Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Acryl Sani berbangga melihat kesungguhan UTK dalam membentuk "high value individuals" bagi meneruskan kelangsungan tugas-tugas khas unit elit yang digeruni itu.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA), DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato' Noor Sham Md Jani dan Komander UTK, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid