
Artikel
Opbanjir Posting Pilihan Polis Daerah Setiu Bekerjasama Dengan Pelbagai Agensi Bersihkan Sekolah Terjejas Banjir
Polis Daerah Setiu bersama-sama dengan pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Setiu, Angkatan Tentera Malaysia Kota Bharu, Jabatan Bel...
Polis Daerah Setiu bersama-sama dengan pelbagai agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Setiu, Angkatan Tentera Malaysia Kota Bharu, Jabatan Belia dan Sukan Setiu serta lain-lain agensi menjalankan operasi pasca banjir dengan membersihkan sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Kerja-kerja pembersihan di empat sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Las, SK Kampung Bukit Ulu Nerus, SK Merbau Menyusut dan SK Kampung Besut, Setiu, Terengganu dapat diselesaikan dengan cepat dengan bantuan semua pihak yang terlibat. Bak kata pepatah 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'.
Sumber: Polis Daerah Setiu