Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

16 Lelaki Ditahan Disyaki Berjudi Dalam Talian Di Pusat Hiburan Keluarga

Published: 01 Mar 2016 7.11 AM Updated: 15 Aug 2026 7.32 PM
Johor Baharu, 1 Mac- Polis menahan 16 lelaki tempatan yang disyaki sedang berjudi dalam talian ketika serbuan di sebuah pusat hiburan keluarga di Taman Puteri Wangsa, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/16-lelaki-ditahan-disyaki-berjudi-dalam-talian-di-pusat-hiburan-keluarga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:07 MYT

Johor Baharu, 1 Mac- Polis menahan 16 lelaki tempatan yang disyaki sedang berjudi dalam talian ketika serbuan di sebuah pusat hiburan keluarga di Taman Puteri Wangsa, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata serbuan pada 11.30 malam itu dilakukan selepas pihaknya bertindak atas maklumat orang ramai berhubung kegiatan terbabit.

"Semakan mendapati premis tersebut telah melanggar syarat-syarat lesen lebih masa beroperasi, malah didapati premis itu juga disyaki menjalankan aktiviti perjudian mesin judi dalam talian," katanya menerusi satu kenyataan, di sini hari ini.

Sulaiman berkata selain penahanan kesemua lelaki berusia 20 hingga 50 tahun terbabit, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM5,000 dan lapan unit mesin slot.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B (a) dan 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 11 (2) Enakmen Negeri Johor 4/98.-BERNAMA

ArticlePublished 01 Mar 2016 7.11 AMUpdated 15 Aug 2026 7.32 PM