Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

15 Kes Pecah Rumah Dan Samun Selesai 23 Suspek Diberkas

Diterbitkan: 17 Jun 2014 4.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 27 Mei - Polis Sabah berjaya menyelesaikan 15 kes pecah rumah, samun dan curi kenderaan dengan menangkap 23 individu termasuk seorang wanita di sekitar bandar raya ini, sejak awal bulan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/15-kes-pecah-rumah-dan-samun-selesai-23-suspek-diberkas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:45 MYT
Kota Kinabalu, 27 Mei - Polis Sabah berjaya menyelesaikan 15 kes pecah rumah, samun dan curi kenderaan dengan menangkap 23 individu termasuk seorang wanita di sekitar bandar raya ini, sejak awal bulan lepas. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata suspek berusia antara 20 dan 40 tahun itu ditahan di sekitar Kota Kinabalu dari 15 hingga 25 Mei lalu, susulan risikan pasukan khas yang ditubuhkan di bawah seliaan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun. 

"Siasatan polis mendapati kesemua suspek yang terdiri daripada lima kumpulan itu telah melakukan kegiatan jenayah terbabit di sekitar Inanam, Karamunsing, Luyang dan Menggatal ditangkap antara pukul 4 hingga 8 malam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kota Kinabalu, di sini hari ini. 

Hamza berkata sembilan suspek lelaki berkenaan juga didapati positif dadah selain mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes pecah rumah dan curi kenderaan. 

Beliau berkata hasil penangkapan suspek itu, polis menemui sebahagian barangan yang dicuri termasuk mata wang asing, komputer riba, satu unit televisyen LCD, telefon bimbit, jam tangan pelbagai berjenama, kamera, gitar dan kenderaan. 

Menurutnya, barangan yang dipercayai hasil curi yang dirampas itu bernilai kira-kira RM170,000. 

"Polis juga menemui beberapa peralatan yang dipercayai diguna kumpulan berkenaan untuk kegiatan jenayah mereka seperti parang dan kita percaya masih terdapat saki-baki anggota yang terlibat yang sedang dikesan," katanya. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun dan pecah rumah. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 4.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM