Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

15 Gro Vietnam Ditahan

Published: 04 Sep 2015 2.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 15 gadis pelayan pelanggan (GRO) warganegara Vietnam di sebuah pusat hiburan di Bandar Bukit Tinggi, Klang ditahan dalam satu serbuan polis malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/15-gro-vietnam-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:43 MYT

Seramai 15 gadis pelayan pelanggan (GRO) warganegara Vietnam di sebuah pusat hiburan di Bandar Bukit Tinggi, Klang ditahan dalam satu serbuan polis malam tadi.

Serbuan dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor kira-kira pukul 10 malam.

GRO warga asing yang ditahan dalam Op Noda itu berusia antara 18 hingga 38 tahun. Seorang penjaga premis wanita warga tempatan berumur 34 tahun turut ditahan.

Dua lagi lelaki warga tempatan yang dipercayai pekerja premis turut ditahan untuk membantu siasatan manakala dua gadis Vietnam berumur 16 tahun yang dipercayai diperdagangkan telah diselamatkan.

Sumber : Utusan Malaysia

15 Gro Vietnam Ditahan
ArticlePublished 04 Sep 2015 2.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM