Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

143 067 Dvd Cetak Rompak Dirampas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 5.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan sembilan lelaki yang sedang leka membungkus cakera video digital (DVD) dalam serbuan di sebuah bangunan tiga tingkat di Genting Sempah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/143-067-dvd-cetak-rompak-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:58 MYT
143,067 DVD cetak rompak dirampas
 
>

BENTONG 8 Mei 2010 - Polis menahan sembilan lelaki yang sedang leka membungkus cakera video digital (DVD) dalam serbuan di sebuah bangunan tiga tingkat di Genting Sempah dekat sini, kelmarin.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 143,067 keping DVD cetak rompak pelbagai tajuk dianggarkan bernilai kira-kira RM110,000.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Deputi Supritendan Koh Ah Tiam berkata, rampasan DVD itu adalah yang terbesar di Pahang setakat ini.

Beliau berkata, serbuan tersebut dilakukan oleh 20 anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Katanya, hasil siasatan mendapati, bangunan tiga tingkat itu dijadikan tempat menyimpan, membungkus dan pusat edaran DVD cetak rompak sejak tiga minggu lalu.

Tambahnya, tiada sebarang peralatan mencetak atau senjata ditemui dalam serbuan tersebut.

"Hasil pemeriksaan polis juga mendapati, bangunan kediaman itu dijadikan transit menyimpan DVD sebelum diedarkan ke Selangor, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar," katanya di sini semalam.

Menurut Ah Tiam lagi, ketiga-tiga lelaki itu berusia antara 19 hingga 36 tahun kini ditahan reman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 6(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 5.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM