Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

14 Pelacur Termasuk Mummy Mereka Ditahan Dalam Serbuan Polis

Published: 16 Jun 2014 3.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan 14 pelacur berketurunan Siam termasuk ibu ayam atau "mami" mereka dalam serbuan di dua buah rumah di Bukit Chagar dan sebuah hotel di sini Isnin...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/14-pelacur-termasuk-mummy-mereka-ditahan-dalam-serbuan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:53 MYT

JOHOR BAHARU 14 Mac (Bernama)

Polis menahan 14 pelacur berketurunan Siam termasuk ibu ayam atau "mami" mereka dalam serbuan di dua buah rumah di Bukit Chagar dan sebuah hotel di sini Isnin.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) IPK Johor, DSP Mohammad Abd Hamid, yang ditemui selepas serbuan itu berkata mami itu dipercayai mengenakan pelanggan bayaran RM200 bagi setiap wanita yang dilanggan.

Kesemua wanita itu ditahan di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mami berusia 32 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan orang bagi tujuan pelacuran yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 15 tahun, sebatan dan denda.

Kesemua wanita itu, kecuali seorang, mempunyai dokumen perjalanan sah.

Seramai dua pegawai dan lapan anggota terlibat dalam operasi tersebut.

ArticlePublished 16 Jun 2014 3.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM