
LAGI
GENG AFRIKA BUAT ONAR : Enam lelaki warga Afrika dan dua wanita
tempatan, dipercayai kumpulan African Scam yang terbabit dalam penipuan
dan dadah ditahan polis dalam satu serbuan di kediaman mewah sekitar
Lembah Klang.
Mereka
yang kebiasaannya mensasarkan wanita untuk ditipu akan menggunakan ayat
manis dalam beberapa siri godaan menerusi laman sosial. Selepas berjaya
memikat hati mangsa, suspek kemudiannya berjanji akan memberikan hadiah
barangan mahal termasuk wang tunai kepada mangsa.
Apabila
bungkusan hadiah itu tiba di negara ini, mangsa kemudiannya akan
dihubungi pegawai Imigresen palsu untuk memaklumkan supaya memasukkan
sejumlah wang ke dalam akaun tertentu sebelum dapat menebus bungkusan
itu yang kononnya mempunyai beberapa masalah terutamanya membabitkan kos
duti kastam dan sebagainya.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Lagi Geng Afrika Buat Onar
Enam lelaki warga Afrika dan dua wanita tempatan, dipercayai kumpulan African Scam yang terbabit dalam penipuan dan dadah ditahan polis dalam satu serbuan di kediaman mewah sekitar Lembah Klang...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-geng-afrika-buat-onar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.