Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

14 Kertas Siasatan Kesalahan Prk Permatang Pauh Telah Lengkap

Diterbitkan: 19 May 2015 12.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 18 Mei - Polis telah melengkapkan 14 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya yang dilapor sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/14-kertas-siasatan-kesalahan-prk-permatang-pauh-telah-lengkap
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:55 MYT


George Town, 18 Mei - Polis telah melengkapkan 14 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya yang dilapor sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Dato' Abdul Rahim Hanafi berkata kesemua kertas siasatan yang telah lengkap itu akan diserah kepada Ketua Unit Perundangan (KUP) dalam masa terdekat.

"Kami membuka 16 kertas siasatan kesalahan pilihan raya kecil Permatang Pauh. Dua lagi termasuk kes Timbalan Presiden PKR (Mohamed Azmin Ali) menggelar Ketua Polis Negara Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar 'barua UMNO' dalam ceramahnya kini di peringkat akhir untuk disiap," katanya di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas perjumpaan dengan 48 kadet sarjan pelatih baru yang ditempatkan di Kontinjen Polis Pulau Pinang, beliau berkata polis sehingga kini telah merekod 15 keterangan daripada pelbagai pihak berhubung kes "barua UMNO".

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor didakwa menggelar Khalid sebagai "barua UMNO" dalam ceramah semasa berkempen pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, baru-baru ini.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata indeks jenayah di negeri ini turun sebanyak 21 peratus atau 640 kes sehingga semalam berbanding tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata kadar jenayah yang dicatat sejak awal tahun ini hingga semalam ialah 3,047 kes berbanding 3,681 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 May 2015 12.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM