Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

13 Warga Jabatan Pengurusan Terima Sijil Penghargaan

Published: 21 Jun 2017 5.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 21 Jun 2017 - Seramai 13 orang Pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah (APR) dan Pegawai Awam dari Jabatan Pengurusan Bukit Aman diberikan Sijil Penghargaan sebagai menghargai usaha perkhidmatan berkualiti mereka selama ini dalam Majlis Perhimpunan Bulanan jabatan tersebut di Dewan Theatrette, Menara 1, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/13-warga-jabatan-pengurusan-terima-sijil-penghargaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:21 MYT

Kuala Lumpur, 21 Jun 2017 - Seramai 13 orang Pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah (APR) dan Pegawai Awam dari Jabatan Pengurusan Bukit Aman diberikan Sijil Penghargaan sebagai menghargai usaha perkhidmatan berkualiti mereka selama ini dalam Majlis Perhimpunan Bulanan jabatan tersebut di Dewan Theatrette, Menara 1, di sini, pagi tadi.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Sri Zulkifli Abdullah dalam ucapan beliau berkata, semangat dan komitmen yang telah ditunjukkan warga jabatannya itu hendaklah terus dipertingkatkan agar kekal ampuh dan relevan dengan pendekatan kepolisan moden alaf baru dalam membentuk modal insan yang kompeten.

Dalam perhimpunan tersebut juga, beliau turut mengingatkan warga Jabatan Pengurusan untuk terus berusaha memperbaiki pencapaian statistik keseluruhan BMI memandangkan jabatan tersebut menjadi perintis terhadap ujian fizikal BMI yang telah dilaksanakan pada tahun ini.

Turut diraikan dalam majlis tadi adalah 13 orang Pegawai Kanan dari Jabatan Pengurusan yang telah dinaikkan pangkat dalam pengumuman yang dibuat oleh pucuk pimpinan PDRM baru-baru ini. Kesemua mereka disematkan pangkat baru oleh Dato' Sri Zulkifli sendiri.

Hadir sama dalam Perhimpunan Bulanan tersebut, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) DCP Dato’ Hajjah Fatimah Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Narenasagaran Thangaveloo, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Dato’ Zaini Jass, Pegawai Kanan, APR dan Pegawai Awam Jabatan Pengurusan.

_MG_9667 copy
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Sri Zulkifli Abdullah semasa ucapan beliau

_MG_9707 copy
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Sri Zulkifli Abdullah semasa perhimpunan bulanan Jabatan Pengurusan.

ArticlePublished 21 Jun 2017 5.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM