Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

13 Wanita Kaki Judi Dicekup

Published: 17 Jun 2014 5.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis turut merampas wang pertaruhan hampir RM200 dan beberapa peralatan yang digunakan untuk berjudi. Kesemua 13 suspek dilepaskan dengan jaminan polis selepas memberi keterangan mengikut Seksyen 6(1..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/13-wanita-kaki-judi-dicekup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:19 MYT

Cubaan lima nenek bersama lapan lagi wanita termasuk seorang yang sarat mengandung untuk melarikan diri melalui pintu belakang sebaik sahaja rumah yang dijadikan ‘kasino mini’ diserbu polis tidak berhasil apabila kesemua kaki judi itu diberkas di Jalan Piasau Utara, Piasau baru-baru ini.

Kesemua wanita berusia antara 24 hingga 63 tahun tersebut dicekup ketika sedang asyik bermain judi terup pada pukul 3.30 petang oleh sepasukan polis Miri.

Polis turut merampas wang pertaruhan hampir RM200 dan beberapa peralatan yang digunakan untuk berjudi. Kesemua 13 suspek dilepaskan dengan jaminan polis selepas memberi keterangan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sumber: Akhbar Kosmo

13 Wanita Kaki Judi Dicekup

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM