Cubaan
lima nenek bersama lapan lagi wanita termasuk seorang yang sarat
mengandung untuk melarikan diri melalui pintu belakang sebaik sahaja
rumah yang dijadikan ‘kasino mini’ diserbu polis tidak berhasil apabila kesemua kaki judi itu diberkas di Jalan Piasau Utara, Piasau baru-baru ini.
Kesemua
wanita berusia antara 24 hingga 63 tahun tersebut dicekup ketika sedang
asyik bermain judi terup pada pukul 3.30 petang oleh sepasukan polis
Miri.
Polis
turut merampas wang pertaruhan hampir RM200 dan beberapa peralatan yang
digunakan untuk berjudi. Kesemua 13 suspek dilepaskan dengan jaminan
polis selepas memberi keterangan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi
Terbuka 1953.
Sumber: Akhbar Kosmo

Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
13 Wanita Kaki Judi Dicekup
Polis turut merampas wang pertaruhan hampir RM200 dan beberapa peralatan yang digunakan untuk berjudi. Kesemua 13 suspek dilepaskan dengan jaminan polis selepas memberi keterangan mengikut Seksyen 6(1..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/13-wanita-kaki-judi-dicekup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.