Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

13 Pti Ditahan Polis Marin Johor

Published: 19 Jun 2014 3.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kukup, 10 April - 13 warga asing ditahan dalam serbuan Pasukan Polis Marin Hutan Paya Bakau, Api Api, Pontian Johor Bharu awal pagi tadi...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/13-pti-ditahan-polis-marin-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:50 MYT

Kukup, 10 April - 13 warga asing ditahan dalam serbuan Pasukan Polis Marin Hutan Paya Bakau, Api Api, Pontian Johor Bharu awal pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata dalam serbuan tersebut pihaknya telah menahan 13 Pendatang Tanpa Izin (PTI) termasuk dua wanita berumur antara 19 tahun hingga 51 tahun yang menggunakan hutan paya bakau sebagai jalan untuk pulang ke negara asal tanpa melalui pihak imigresen dan kastam.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua yang ditahan melakukan pelbagai kesalahan antaranya tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan menetap lebih masa daripada tempoh yang ditetapkan," katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian untuk siasatan lanjut.

13 Pti Ditahan Polis Marin Johor
Sumber : Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM