Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

13 Kaki Judi Pasar Malam Ditahan Dalam Serbuan Di Ladang K

Published: 17 Jun 2014 2.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Polis turut merobohkan khemah haram di dalam kawasan ladang itu yang terletak kira-kira 1,000 meter dari jalan besar. 'Selain wang tunai, kami turut merampas peralatan perjudian iaitu 314 keping cip ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/13-kaki-judi-pasar-malam-ditahan-dalam-serbuan-di-ladang-k
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:32 MYT

Shah Alam, 13 Feb- Polis menahan 13 'kaki judi' dan merampas wang tunai RM21,200 dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Ijok, Kuala Selangor malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata ketika serbuan pada 11.30 malam, kesemua lelaki rakyat tempatan berumur antara 28 dan 61 tahun sedang bermain judi jenis pasar malam.

"Polis turut merobohkan khemah haram di dalam kawasan ladang itu yang terletak kira-kira 1,000 meter dari jalan besar. "Selain wang tunai, kami turut merampas peralatan perjudian iaitu 314 keping cip bernilai antara RM10 dan RM500, 15 biji dadu, 144 keping kad pelbagai nilai dan piring serta mangkuk yang diguna untuk berjudi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Mohd Adnan berkata berdasarkan maklumat, kegiatan perjudian yang hampir sebulan beroperasi itu dipercayai melibatkan wang pertaruhan mencecah ratusan ribu ringgit.


Beliau berkata mereka yang terbabit dalam aktiviti perjudian itu merupakan penduduk tempatan dan datang dari sekitar Lembah Klang. "Kesemua suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 72 Akta Rumah Perjudian 1953. Kami juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti perjudian supaya menghubungi balai polis berdekatan," katanya. -BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM