129 Individu Ditahan Di Kampung Sri Aman Tawau
Tawau,
24 Dis - Polis Tawau menahan 129 individu termasuk 57 wanita atas
pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu di Kampung Sri Aman,
Batu 3, Jalan Apas di sini, awal hari ini.
Ketua
Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata individu yang berusia
14 hingga 60 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan
selain 18 lagi dirujuk ke Bahagian Narkotik.
"Operasi
bermula pukul 5 pagi dan tamat pada pukul 8.40 pagi itu melibatkan
polis, imigeresen dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)," katanya dalam
satu kenyataan di sini.
Sumber : BERNAMA