Dua
lelaki ditahan bersama beberapa peralatan pecah rumah dan hasil curi
oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Perak semasa melakukan rondaan Op Cantas di Taman Desa Lawan
Kuda, Gopeng kelmarin.
Timbalan
Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramsivam berkata suspek yang menaiki
kenderaan cuba melarikan diri dengan mengundurkan kenderaanya dan
merempuh kereta polis sebelum memecut cuba melanggar anggota polis yang
sedang bertugas melepaskan tembakan.
Hasil pemeriksaan kenderaan menjumpai pelbagai peralatan pecah rumah antaranya kuku kambing, pemutar skru dan pisau lipat.

Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Penjenayah Agresif Cuba Rempuh Polis
Dua lelaki ditahan bersama beberapa peralatan pecah rumah dan hasil curi oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak semasa melakukan rondaan Op Cantas di Tama..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjenayah-agresif-cuba-rempuh-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.