Upp Kedah Tahan Lelaki Rampas Mercun Bernilai Rm3 000
Bukit
Kayu Hitam, 23 Julai - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah menahan
seorang lelaki berusia 38 tahun serta merampas pelbagai jenis mercun dan
bunga api bernilai RM3,000 yang cuba di seludup masuk ke negara ini
semalam.
Komander UPP Bukit Kayu Hitam ASP Shahidan Ladin berkata kira-kira pukul 4 petang semalam, anggotanya menahan sebuah kereta jenis Proton Persona di KM 1.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah Changlun yang didapati mencurigakan.
Pemeriksaan
ke atas kereta itu menemukan pelbagai jenis mercun dan bunga api
berbahaya diletak di tempat duduk belakang dan bonet belakang.
Suspek
didapati menutup barangan terlarang itu dengan kain berwarna gelap bagi
mengelak dikesan pihak berkuasa dan mengambil kesempatan masuk ke
negara ini ketika trafik sibuk iaitu waktu kakitangan kerajaan balik
kerja.
"Kita
percaya mercun ini akan dihantar kepada seorang ejen di Pulau Pinang
dan menjualnya pada harga tiga kali ganda nilai barangan tersebut,"
katanya kepada pemberita.
Sumber : BERNAMA