Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

12 Ah Long Ditahan

Diterbitkan: 16 Jun 2014 3.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan 12 lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan ceti haram, atau 'Ah Long' dan merampas kira-kira 250 keping kad ATM daripada mereka..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/12-ah-long-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:49 MYT
KUCHING, 20 Dis (Bernama)

Polis menahan 12 lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan ceti haram, atau 'Ah Long' dan merampas kira-kira 250 keping kad ATM daripada mereka, di sini Isnin.

Menurut sumber semua lelaki yang berumur antara 18 dan 36 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di sini selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam.

Dalam serbuan pertama, polis merampas 102 keping kad ATM selepas menahan lima lelaki di sebuah bank di Jalan Satok di sini pada pukul 5 pagi, dan kira-kira satu setengah jam kemudian, polis polis menahan tujuh lagi lelaki dan merampas 146 keping kad ATM di sekitar tempat yang sama.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi Bernama mengesahkan kes itu dan berkata, polis sedang menyiasat sama ada semua kad ATM yang dirampas adalah kad palsu atau tulen.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 3.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM