Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kl Sasar 8 Minit Tiba Di Kawasan Jenayah

Diterbitkan: 16 Jun 2014 3.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Unit peronda bermotosikal polis Kuala Lumpur mensasarkan untuk tiba di kawasan berlakunya jenayah dalam tempoh lapan minit sebaik menerima laporan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kl-sasar-8-minit-tiba-di-kawasan-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:53 MYT
KUALA LUMPUR, 17 Disember 2010 (Bernama)

Unit peronda bermotosikal polis Kuala Lumpur mensasarkan untuk tiba di kawasan berlakunya jenayah dalam tempoh lapan minit sebaik menerima laporan.

Ketua Polis Kuala Lumpur YDH DCP Dato' Zulkifli Abdullah berkata unit itu yang mengikut konsep "unit kereta peronda (MPV)" digunakan bagi membantu kereta peronda sedia ada khasnya ketika berlaku kesesakan lalu lintas dalam perjalanan ke tempat kejadian.

"Ini supaya 'respon time' polis dapat dikurangkan dari purata 10 minit kepada lapan minit kerana kesesakan jalan raya boleh menjejaskan respon polis untuk menghadapi kecemasan memandangkan kereta peronda kita tersangkut dalam kesesakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Barisan Hadapan dan perasmian kumpulan pertama 'Respond Team' serta Laman Rasmi Facebook Polis Kuala Lumpur.

Zulkifli berkata apabila unit itu berjaya dalam sesuatu tindakan mereka, kualiti perkhidmatan polis dapat dipertingkatkan dan usaha memerangi jenayah dapat dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan.

Beliau berkata selain 36 motosikal itu, lebih banyak pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) akan dibuat di kawasan tumpuan utama dan kawasan jenayah seperti sarang maksiat dan penagihan dadah.

Zulkifli berkata ini bagi memastikan operasi pencegahan jenayah terbabit dapat dilakukan serta merta dan memerangi jenayah sebelum ia berleluasa.

"Sebelum ini kita ada dapat maklumat wujudnya sarang penagihan dadah di Flat Sri Perak (Sentul) dan saya telah arahkan satu pasukan khas untuk terus memerangi jenayah itu serta merta.

"Saya percaya jika kita berjaya putihkan mana-mana kawasan hitam, kegiatan seumpama itu tidak akan berulang," katanya.

Beliau berkata polis Kuala Lumpur sentiasa berhubung dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan bandar raya ini.

Terdahulu pada majlis itu, beliau merasmikan laman sosial Facebook polis Kuala Lumpur, http://www.facebook.com/home.php#!/poliskl yang antara lain memudahkan perkongsian maklumat antara polis dan masyarakat dalam sesuatu isu.

"Masyarakat boleh mengutarakan pendapat dan komen mereka seperti mengadu wujudnya kes penjenayah, mencari orang hilang dan sebagainya," katanya.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 3.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM