Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

12 548 Saman Dikeluar Di Selangor Dalam Op Selamat 9 Sehingga Semalam

Diterbitkan: 13 Jul 2016 2.10 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.23 PM
Klang, 13 Julai - Sebanyak 12,548 saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh polis Selangor sejak Op Selamat 9 dilancarkan pada 29 Jun lepas sehingga semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/12-548-saman-dikeluar-di-selangor-dalam-op-selamat-9-sehingga-semalam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:25 MYT


Klang, 13 Julai - Sebanyak 12,548 saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh polis Selangor sejak Op Selamat 9 dilancarkan pada 29 Jun lepas sehingga semalam.

Pegawai Turus Trafik Selangor, DSP Sahimi Husin berkata, jumlah itu menyaksikan peningkatan sebanyak 1,432 saman atau 12 peratus berbanding tempoh yang sama pada Op Selamat 8.

"Bagi tempoh yang sama tahun lepas sebanyak 11,116 saman dikeluarkan oleh pihak polis di negeri ini.

"Kebanyakan saman yang dikeluarkan pada Op Selamat 9 ini membabitkan enam kesalahan utama seperti melanggar lampu isyarat, memandu melebihi had laju, memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan," katanya kepada pemberita selepas operasi khas Op Selamat 9 di Jalan Klang-Banting di sini hari ini.

Dalam operasi dua jam yang disertai 13 pegawai dan 40 anggota polis itu, kira-kira 500 kenderaan diperiksa dan sebanyak 112 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan antaranya memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat serta cukai jalan tamat tempoh.

Menurut Sahimi, walaupun Op Selamat 9 akan tamat pada 12 tengah malam ini namun pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan pengguna mematuhi peraturan jalan raya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 13 Jul 2016 2.10 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.23 PM