Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

11 Motosikal Disita Dalam Op Roda

Published: 16 Apr 2015 8.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 16 April - Sebanyak 11 motosikal disita atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan penunggang tiada lesen memandu dalam Op Roda yang dijalankan di Plaza Tol Batu 3, Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur, di sini, pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/11-motosikal-disita-dalam-op-roda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:44 MYT


Kuala Lumpur, 16 April - Sebanyak 11 motosikal disita atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan penunggang tiada lesen memandu dalam Op Roda yang dijalankan di Plaza Tol Batu 3, Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur, di sini, pagi semalam.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Trafik Lebuh Raya (Zon Tengah 1) Bukit Aman, ASP Rahmat Abdul Manap, operasi yang dijalankan bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 1.30 tengah hari itu bertujuan mengurangkan kemalangan jalanraya melibatkan motosikal.

"Kesemua motosikal tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambah beliau lagi, hasil dari operasi secara besar-besaran ini, sebanyak 25 ribu saman telah dikeluarkan sehingga 12 Februari tahun ini atas kesalahan yang melibatkan motosikal.

Sumber : Tamil Malar

11 Motosikal Disita Dalam Op Roda

ArticlePublished 16 Apr 2015 8.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM