Geng Curi Motosikal Pecah Rumah Tumpas
Lima anggota Geng Rugarding yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan mencuri motosikal sejak penghujung tahun lalu diberkas dalam serbuan berasingan di Kota Kinabalu dan Tuaran, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Azhar Hanim berkata, kesemua suspek yang berusia 21 hingga 48 tahun itu ditahan hasil risikan pihaknya susulan penahanan salah seorang daripada anggota kumpulan terbabit di sebuah hotel di Sadong Jaya, di sini.
"Hasil penahanan suspek pertama itu membawa kepada penemuan dua buah motosikal jenama Honda EX5 dan Yamaha Lagenda serta sekeping dokumen pajak gadai di Sembulan.
"Siasatan lanjut terhadap suspek berkenaan, polis kemudiannya menyerbu dan menahan empat lagi anggota kumpulan itu yang bersembunyi di sebuah pangsapuri di Rugarding, Tuaran" katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sumber : Utusan Malaysia