Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

11 Ditahan Miliki Alat Siaran Komunikasi Haram

Published: 06 Aug 2015 1.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah berkata, operasi bersepadu yang dijalankan serentak ini adalah hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Komunukasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/11-ditahan-miliki-alat-siaran-komunikasi-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:39 MYT

Kerian, 30 Julai- 11 individu ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 bagi membantu siasatan kerana memiliki alat penerimaan siaran sistem komunikasi tidak sah di Kuala Kurau, semalam.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah berkata, operasi bersepadu yang dijalankan serentak ini adalah hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Komunukasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Risikan kami (polis) telah membawa kepada serbuan ke atas 11 buah rumah yang memasang parabola penerimaan siaran komunikasi di atas bumbung rumah masing-masing secara haram," katanya.

Kesemua rampasan yang berupa set parabola dan decoder itu dirampas untuk disiasat di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana mempunyai dan memasang alat peranti yang tidak dibenarkan oleh SKMM.

Dalam perkembangan lain, seorang pekerja pelantar ikan warga Myanmar ditahan kerana memiliki 11 gram dadah jenis Heroin.

ACP Mohd Yusof turut berkata, serbuan dibuat oleh pihaknya hasil daripada maklumat orang awam berkenaan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Suspek dan barang kes dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk disiasat di bawah Seksyen 39 (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
11 Ditahan Miliki Alat Siaran Komunikasi Haram

ArticlePublished 06 Aug 2015 1.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM