Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Marin Sarawak Rampas 80 Ribu Liter Minyak Diesel

Diterbitkan: 06 Aug 2015 1.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tiga buah lori dan enam tangki minyak berjaya dirampas Marin Sarawak di sebuah premis di Jalan Utama Pending Industrial Estate, di sini, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-sarawak-rampas-80-ribu-liter-minyak-diesel
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:37 MYT

Kuching, 30 Julai – Tiga buah lori dan enam tangki minyak berjaya dirampas Marin Sarawak di sebuah premis di Jalan Utama Pending Industrial Estate, di sini, petang semalam.

Komander PPM Wilayah 5, ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, pasukannya membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis penyimpanan minyak diesel berdekatan sungai Sarawak.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lebih kurang 80,000 liter minyak diesel diisi dalam empat tangki minyak di premis tersebut. Dua lagi tangki minyak adalah kosong. Rampasan termasuk tiga buah lori dan minyak diesel keseluruhan dianggarkan bernilai RM554,000.

“Turut diperiksa seorang lelaki warga tempatan berumur 36 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis tersebut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki tersebut mengemukan dokumen kebenaran menyimpan minyak daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang tamat tempoh.

“Suspek ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” jelas beliau.
Marin Sarawak Rampas 80 Ribu Liter Minyak Diesel

ArtikelDiterbitkan 06 Aug 2015 1.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM