105 Warga Asing Ditahan Dalam Op Cantas Khas Api
Balik
Pulau, 27 Jan - Polis menahan 105 rakyat asing termasuk tujuh wanita
atas pelbagai kesalahan imigresen di beberapa lokasi dalam Op Cantas
Khas Api di sekitar Seberang Perai dekat sini semalam.
Ketua
Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata operasi pukul 1.30
pagi dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu bertumpu
di pusat hiburan di Taman Pelangi, Bukit Mertajam serta rumah kongsi di
sekitar Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.
"Operasi
itu dilancar pada 23 Jan lepas bagi membendung kegiatan jenayah
kekerasan dan kami turut perluaskan operasi ini kepada warga asing,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau
berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 38 rakyat Indonesia, 54
Nepal, lapan Vietnam, dua Myanmar, dua Bangladesh dan seorang India.
Abdul
Rahim berkata sepanjang operasi itu, polis turut menahan 55 lelaki
tempatan yang disyaki terbabit dalam pelbagai jenayah kekerasan seperti
peras ugut dan dadah.
Op Cantas Khas Api itu akan dipergiatkan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, katanya
Sumber : BERNAMA