Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

105 Warga Asing Ditahan Dalam Op Cantas Khas Api

Published: 18 Jun 2014 8.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Balik Pulau, 27 Jan - Polis menahan 105 rakyat asing termasuk tujuh wanita atas pelbagai kesalahan imigresen di beberapa lokasi dalam Op Cantas Khas Api di sekitar Seberang Perai dekat sini semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/105-warga-asing-ditahan-dalam-op-cantas-khas-api
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:07 MYT

Balik Pulau, 27 Jan - Polis menahan 105 rakyat asing termasuk tujuh wanita atas pelbagai kesalahan imigresen di beberapa lokasi dalam Op Cantas Khas Api di sekitar Seberang Perai dekat sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata operasi pukul 1.30 pagi dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu bertumpu di pusat hiburan di Taman Pelangi, Bukit Mertajam serta rumah kongsi di sekitar Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.

"Operasi itu dilancar pada 23 Jan lepas bagi membendung kegiatan jenayah kekerasan dan kami turut perluaskan operasi ini kepada warga asing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 38 rakyat Indonesia, 54 Nepal, lapan Vietnam, dua Myanmar, dua Bangladesh dan seorang India.

Abdul Rahim berkata sepanjang operasi itu, polis turut menahan 55 lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam pelbagai jenayah kekerasan seperti peras ugut dan dadah.

Op Cantas Khas Api itu akan dipergiatkan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, katanya 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM