Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

10 Sekolah Angkat Polis Kuala Lumpur

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Program tersebut akan menitik berat tentang pembangunan modal insan dengan merancang secara teliti dan mengambil kaedah secara menyeluruh dan bersepadu ke arah membentuk generasi pelapis yang cemerla..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/10-sekolah-angkat-polis-kuala-lumpur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:09 MYT

10 Sekolah Angkat Polis Kuala Lumpur

Kuala Lumpur - 27 April 2011.  Majlis Pelancaran Program Sekolah Angkat  Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kontinjen Kuala Lumpur, telah disempurnakan oleh YDH Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur. Majlis berlangsung di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Taman Batu, Sentul, Kuala Lumpur.

Menurut YDH Dato' Pahlawan Zulkifli, program tersebut bertujuan menjalinkan kerjasama antara pasukan polis dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, bagi mendidik dan seterusnya membimbing para pelajar supaya menjadi modal insan yang bertanggungjawab dan pemimpin masa hadapan negara.

"Program tersebut akan menitik berat tentang pembangunan modal insan dengan merancang secara teliti dan mengambil kaedah secara menyeluruh dan bersepadu ke arah membentuk generasi pelapis yang cemerlang dan bebas daripada jenayah".

"Kepada sekolah-sekolah yang terpilih, hendaklah  memberikan kerjasama berterusan dengan Ketua Polis Daerah di kawasan masing-masing agar hasrat program ini mencapai matlamatnya".

Demikian kata YDH Dato' Pahlawan Zulkifli, ketika berucap di majlis itu yang turut dihadiri oleh Y.Bhg Dato' William WT Lim, Pengerusi MCPF, Kuala Lumpur dan Encik Tajuddin Mohamad Nor, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.

Sekolah-sekolah yang terpilih mengikut daerah ialah IPD Dang Wangi, SMK (P) Pudu,dan  SMK (L) Methodist, IPD Brickfields, SMK Seri Sentosa dan SMK Taman YARL manakala IPD Cheras terdiri dari SMK Seri Tasik dan SMK Bandar Tasik Selatan. IPD Sentul pula ialah SMK Batu Muda dan SMK Raja Abdullah serta IPD Putrajaya ialah SMK Presint 14 (1), Putrajaya.


Menurut YDH Dato" Pahlawan lagi, konsep Mentor - Mente turut diperkenalkan dengan menempatkan seorang Pegawai Perhubungan Sekolah sebagai tambahan bagi memastikan keberkesanan program yang dilancarkan.

               

Turut hadir YDH Dato' Amar Singh Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan YDH ACP Zakaria Pagan, Ketua Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur. 


10 Sekolah Angkat Polis Kuala Lumpur
YDH Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur, beramah mesra dengan pelajar sekolah yang hadir di Majlis Pelancaran Sekolah Angkat Polis Kuala Lumpur.

10 Sekolah Angkat Polis Kuala Lumpur
YDH Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, turut beramah mesra dengan para pelajar, sebagai motivasi kepada para pelajar untuk menjadi  modal insan yang berguna pada masa hadapan.

10 Sekolah Angkat Polis Kuala Lumpur
Di antara para hadirin yang hadir di majlis Pelancaran Sekolah Angkat Polis Diraja Malaysia, Kontinjen Kuala Lumpur di SMK Raja Abdullah, Kuala Lumpur.

10 Sekolah Angkat Polis Kuala Lumpur
Kumpulan Koir mengadakan persembahan...

10 Sekolah Angkat Polis Kuala Lumpur
Sketsa mengenai cara-cara mengelak dari menjadi mangsa penjenayah dan menentang penjenayah dipertontonkan kepada para hadirin.

10 Sekolah Angkat Polis Kuala Lumpur
Encik Tajuddin Mohamad Nor, menyampaikan cenderamata kepada YDH Dato' Pahlawan Zulkifli sebagai tanda kenangan di atas kesudian meluangkan masa dan seterusnya merasmikan majlis yang julung kali diadakan itu.

10 Sekolah Angkat Polis Kuala Lumpur
YDH ACP Zakaria Pagan, Ketua Polis Daerah Sentul, berbincang sesuatu dengan dua Pengetua Sekolah Angkat Polis Diraja Malaysia, Kontinjen Kuala Lumpur.


10 Sekolah Angkat Polis Kuala Lumpur
10 Pengetua Sekolah Angkat PDRM, Kontinjen Kuala Lumpur bergambar kenangan bersama Ketua Polis Kuala Lumpur


Berita        : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan


ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM