10 Sekolah Angkat Polis Kuala Lumpur
Kuala Lumpur - 27 April 2011. Majlis Pelancaran Program Sekolah Angkat Polis
Diraja Malaysia (PDRM), Kontinjen Kuala Lumpur, telah disempurnakan
oleh YDH Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur.
Majlis berlangsung di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Taman Batu,
Sentul, Kuala Lumpur.
Menurut
YDH Dato' Pahlawan Zulkifli, program tersebut bertujuan menjalinkan
kerjasama antara pasukan polis dan Jabatan Pelajaran Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur, bagi mendidik dan seterusnya membimbing para
pelajar supaya menjadi modal insan yang bertanggungjawab dan pemimpin
masa hadapan negara.
"Program
tersebut akan menitik berat tentang pembangunan modal insan dengan
merancang secara teliti dan mengambil kaedah secara menyeluruh dan
bersepadu ke arah membentuk generasi pelapis yang cemerlang dan bebas
daripada jenayah".
"Kepada sekolah-sekolah yang terpilih, hendaklah memberikan
kerjasama berterusan dengan Ketua Polis Daerah di kawasan masing-masing
agar hasrat program ini mencapai matlamatnya".
Demikian
kata YDH Dato' Pahlawan Zulkifli, ketika berucap di majlis itu yang
turut dihadiri oleh Y.Bhg Dato' William WT Lim, Pengerusi MCPF, Kuala
Lumpur dan Encik Tajuddin Mohamad Nor, Ketua Sektor Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah
Persekutuan.
Sekolah-sekolah yang terpilih mengikut daerah ialah IPD Dang Wangi, SMK (P) Pudu,dan SMK
(L) Methodist, IPD Brickfields, SMK Seri Sentosa dan SMK Taman YARL
manakala IPD Cheras terdiri dari SMK Seri Tasik dan SMK Bandar Tasik
Selatan. IPD Sentul pula ialah SMK Batu Muda dan SMK Raja Abdullah serta
IPD Putrajaya ialah SMK Presint 14 (1), Putrajaya.
Menurut
YDH Dato" Pahlawan lagi, konsep Mentor - Mente turut diperkenalkan
dengan menempatkan seorang Pegawai Perhubungan Sekolah sebagai tambahan
bagi memastikan keberkesanan program yang dilancarkan.
Turut
hadir YDH Dato' Amar Singh Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala
Lumpur dan YDH ACP Zakaria Pagan, Ketua Polis Daerah Sentul, Kuala
Lumpur.
YDH
Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur, beramah
mesra dengan pelajar sekolah yang hadir di Majlis Pelancaran Sekolah
Angkat Polis Kuala Lumpur.
YDH
Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur,
turut beramah mesra dengan para pelajar, sebagai motivasi kepada para
pelajar untuk menjadi modal insan yang berguna pada masa hadapan.
Di antara para hadirin yang hadir di majlis Pelancaran Sekolah Angkat Polis Diraja Malaysia, Kontinjen Kuala Lumpur di SMK Raja Abdullah, Kuala Lumpur.
Kumpulan Koir mengadakan persembahan...
Sketsa mengenai cara-cara mengelak dari menjadi mangsa penjenayah dan menentang penjenayah dipertontonkan kepada para hadirin.
Encik Tajuddin Mohamad Nor, menyampaikan cenderamata kepada YDH Dato' Pahlawan Zulkifli sebagai tanda kenangan di atas kesudian meluangkan masa dan seterusnya merasmikan majlis yang julung kali diadakan itu.
YDH
ACP Zakaria Pagan, Ketua Polis Daerah Sentul, berbincang sesuatu dengan
dua Pengetua Sekolah Angkat Polis Diraja Malaysia, Kontinjen Kuala
Lumpur.
10 Pengetua Sekolah Angkat PDRM, Kontinjen Kuala Lumpur bergambar kenangan bersama Ketua Polis Kuala Lumpur
Berita : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan