Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

10 Pegawai Dan Anggota Polis Dianugerah Pingat Pbb

Diterbitkan: 17 Jun 2023 1.40 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sepang, 17 Jun 2023 - Seramai 10 Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis yang berkhidmat dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dekat Selatan Sudan akan dianugerahkan pingat dalam satu majlis yang dijadualkan pada 20 Jun depan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/10-pegawai-dan-anggota-polis-dianugerah-pingat-pbb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:58 MYT

Sepang, 17 Jun 2023 - Seramai 10 Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis yang berkhidmat dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dekat Selatan Sudan akan dianugerahkan pingat dalam satu majlis yang dijadualkan pada 20 Jun depan.

Majlis meraikan dan seterusnya menghargai khidmat bakti kesemua warga Pasukan itu akan berlangsung di United Nations House, Juba Central Equatorial dekat Sudan dengan dihadiri wakil Ketua Polis Negara iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Misi PBB dekat Selatan Sudan (UNMISS) pada April lalu, kesemua penerima merupakan mereka yang sedang berkhidmat dalam misi bermula 22 Oktober tahun lalu dan layak dianugerahkan "United Nations Peace Keeping Medal".

Penganugerahan itu sebagai simbol penghargaan kepada Kerajaan Malaysia khasnya Polis Diraja Malaysia yang telah membantu mengembalikan keamanan serantau di Selatan Sudan.

Majlis "send-off" delegasi PDRM yang diketuai Dato' Sri Ramli telah berlangsung dekat Bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Yang turut mengiringi beliau ke Juba ialah Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA, ACP Ahmad Radzi Hussain, Ketua Pegawai Turus Istiadat, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintendan Mohamad Ra’ayim Hj. Jemakir dan Pegawai Turus Gerakan Briged Tengah PGA, DSP Mohd Mazlan Mohd Arif.

Hadir sama dalam majlis "send-off" tadi, isteri kepada Dato' Sri Ramli merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJK, Datin Sri Fatimah Hj. Moyedden, pegawai kanan PDRM dan ahli keluarga.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

May be an image of 9 people and text

May be an image of 6 people, newsroom, dais and text

May be an image of 4 people

May be an image of 4 people

May be an image of 3 people and hat

May be an image of 10 people, crowd and text

May be an image of 8 people and suit

May be an image of 2 people, newsroom, dais and text

May be an image of 4 people, suit and text

May be an image of 5 people and text


ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2023 1.40 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM