Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

10 Gro Warga Vietnam Lima Lelaki Warga Bangladesh Ditahan

Diterbitkan: 28 May 2015 10.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 28 Mei - Sebanyak 10 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan lima pekerja lelaki warga Bangladesh ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan dan dua pusat perjudian haram di sini malam semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/10-gro-warga-vietnam-lima-lelaki-warga-bangladesh-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:01 MYT


Ipoh, 28 Mei - Sebanyak 10 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan lima pekerja lelaki warga Bangladesh ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan dan dua pusat perjudian haram di sini malam semalam.

Operasi diketuai Inspektor Norshaharah Marzuki dengan dibantu 11 anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Norshaharah berkata operasi pertama menerusi Op Noda di sebuah pusat hiburan di Ampang Baru pada 9.15 malam itu, menyaksikan penahanan kesemua GRO berkenaan dan seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun yang merupakan penjaga kaunter.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua GRO berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mereka ditahan di bawah Seksyen 39(b) Akta Imigresen," katanya.

Beliau berkata operasi di pusat perjudian haram di Jalan Yang Kalsom dan Jalan Chamberlin Hulu dilakukan serentak iaitu pada 11.15 malam.

Norshaharah berkata operasi itu, yang turut dibantu Pegawai Operasi Inspektor S. Selvakumar dan tujuh anggota D7 IPK Perak, menyaksikan penahanan kelima-lima pekerja warga Bangladesh berumur antara 30 dan 33 tahun.

Operasi itu turut menahan 11 lelaki tempatan yang sedang bermain judi di kedua-dua pusat hiburan.

"Kita turut merampas 70 mesin simulator dan wang tunai berjumlah RM800 dipercayai hasil daripada aktiviti perjudian," katanya.

Beliau berkata kedua-dua pusat perjudian tidak mempunyai lesen perniagaan dan kesemua pekerja Bangladesh yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4b(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan kesemua yang ditahan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk siasatan lanjut.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 28 May 2015 10.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM