Georgetown
- Terkejut dan takut selepas kegiatan mereka berjaya dihidu polis, 10
wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan
(GRO) di sebuah pusat hiburan bertempiaran lari selepas diserbu polis
dalam Ops Cantas Khas di sini lewat malam kelmarin.
Dalam
operasi yang dilakukan kira-kira jam 11 malam itu, kesemuanya cuba
melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota polis. Namun usaha
mereka ternyata sia-sia apabila pusat hiburan yang terletak di Jalan
Kedah sudah dikepung pihak berkuasa.
Semua wanita warga asing itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri untuk siasatan lanjut dan dokumentasi.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta permit.

Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
10 Gro Gagal Lolos Diri
Georgetown - Terkejut dan takut selepas kegiatan mereka berjaya dihidu polis, 10 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan bertempiaran lari se..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/10-gro-gagal-lolos-diri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.