Wanita Keldai Dadah Ditahan Bersama Syabu Bernilai Rm600 000
Ketua
Polis Terengganu DCP Dato' Haji Jamshah bin Mustapa telah mengadakan
sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
Di
dalam sidang media tersebut beliau telah memaklumkan bahawa pada 9
November 2013 jam lebih kurang 9.30 pagi sepasukan pegawai dan anggota
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu yang diketuai oleh DSP
Roslan Bin Tahir telah menahan seorang wanita berusia 31 tahun,
warganegara Vietnam dihadapan pintu keluar balai ketibaan domestik,
Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu.
Hasil
pemeriksaan terhadap beg yang dibawa oleh wanita tersebut telah
menjumpai dua bungkusan bersalotape dimana didalamnya terdapat ketulan
Kristal yang disyaki dadah jenis Syabu. Bungkusan tersebut disembunyikan
dibahagian bawah pelapik didalam beg. Nilai harga rampasan dianggarkan
berjumlah RM600,000.00.


Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu