Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

10 Gro Gagal Lolos Diri

Published: 18 Jun 2014 3.33 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Georgetown - Terkejut dan takut selepas kegiatan mereka berjaya dihidu polis, 10 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan bertempiaran lari se..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/10-gro-gagal-lolos-diri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:03 MYT

Georgetown - Terkejut dan takut selepas kegiatan mereka berjaya dihidu polis, 10 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan bertempiaran lari selepas diserbu polis dalam Ops Cantas Khas di sini lewat malam kelmarin.

Dalam operasi yang dilakukan kira-kira jam 11 malam itu, kesemuanya cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota polis. Namun usaha mereka ternyata sia-sia apabila pusat hiburan yang terletak di Jalan Kedah sudah dikepung pihak berkuasa.

Semua wanita warga asing itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri untuk siasatan lanjut dan dokumentasi.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta permit.

10 Gro Gagal Lolos Diri

Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

ArticlePublished 18 Jun 2014 3.33 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM