Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

10 Ceti Haram Ditahan Polis

Diterbitkan: 17 Jun 2014 3.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Polis merampas wang tunai RM29,000, 15 telefon bimbit, 383 keping sepanduk yang menawarkan pinjaman wang serta tiga album gambar mengandungi maklumat peribadi peminjam. Polis masih memburu lima lelak..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/10-ceti-haram-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:53 MYT

10 lelaki yang mengenakan bunga sehingga 10 peratus seminggu, berjaya ditumpaskan dalam dua serbuan di sekilar Pu-chong. Lelaki terbabit yang berusia antara 25 hingga 35 tahun, ditahan dalam serbuan yang bermula jam 1 petang hingga 11 malam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang pengarah pusat pelancongan yang menjadi mangsa sindiket terbabit sehingga pinjaman mencecah RM632,000. Diperdaya 13 along Berdasarkan keterangan mangsa, dia mula meminjam sebanyak RM40,000 sebelum sindiket itu memperkenalkan mangsa yang berusia 35 tahun itu kepada along lain, menyebabkan mangsa kini terikat dengan 13 along.

"Semua lelaki terbabit ditahan di sekitar Puchong dan polis mengesan sindiket berkenaan yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu."

"Polis merampas wang tunai RM29,000, 15 telefon bimbit, 383 keping sepanduk yang menawarkan pinjaman wang serta tiga album gambar mengandungi maklumat peribadi peminjam. Polis masih memburu lima lelaki dipercayai anggota sindiket itu," katanya di sini semalam.

Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Sumber: Berita Harian

10 Ceti Haram Ditahan Polis

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 3.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM