10
lelaki yang mengenakan bunga sehingga 10 peratus seminggu, berjaya
ditumpaskan dalam dua serbuan di sekilar Pu-chong. Lelaki terbabit yang
berusia antara 25 hingga 35 tahun, ditahan dalam serbuan yang bermula jam 1 petang hingga 11 malam.
Ketua
Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata
serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang
pengarah pusat pelancongan yang menjadi mangsa sindiket terbabit
sehingga pinjaman mencecah RM632,000. Diperdaya 13 along Berdasarkan
keterangan mangsa, dia mula meminjam sebanyak RM40,000 sebelum sindiket
itu memperkenalkan mangsa yang berusia 35 tahun itu kepada along lain,
menyebabkan mangsa kini terikat dengan 13 along.
"Semua
lelaki terbabit ditahan di sekitar Puchong dan polis mengesan sindiket
berkenaan yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu."
"Polis
merampas wang tunai RM29,000, 15 telefon bimbit, 383 keping sepanduk
yang menawarkan pinjaman wang serta tiga album gambar mengandungi
maklumat peribadi peminjam. Polis masih memburu lima lelaki dipercayai
anggota sindiket itu," katanya di sini semalam.
Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
Sumber: Berita Harian

Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
10 Ceti Haram Ditahan Polis
'Polis merampas wang tunai RM29,000, 15 telefon bimbit, 383 keping sepanduk yang menawarkan pinjaman wang serta tiga album gambar mengandungi maklumat peribadi peminjam. Polis masih memburu lima lelak..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/10-ceti-haram-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.