Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

1 732 Polis Kedah Siap Sedia Hadapi Banjir

Diterbitkan: 14 Nov 2014 2.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Setar, 14 November - Seramai 1,732 anggota polis Kedah dikerah bersiap sedia hadapi sebarang kemungkinan banjir di negeri itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/1-732-polis-kedah-siap-sedia-hadapi-banjir
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:37 MYT
Alor Setar, 14 November - Seramai 1,732 anggota polis Kedah dikerah bersiap sedia hadapi sebarang kemungkinan banjir di negeri itu.

Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata, persiapan banjir itu dilakukan di semua 11 daerah meliputi kelengkapan logistik untuk operasi menyelamat.

"Kami sediakan 23 bot penyelamat dilengkapi enjin sangkut, jaket keselamatan untuk petugas dan mangsa banjir, khemah serta generator.

"Operasi menyelamat juga dilakukan dengan agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Bomba, Rela dan sebagainya' katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Setar, di sini, semalam.
1 732 Polis Kedah Siap Sedia Hadapi Banjir

Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 14 Nov 2014 2.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM