Johor Bahru - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan merampas 1,102 mesin judi membabitkan 174 serbuan, bermula Januari hingga 31 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam serbuan berkenaan, pihaknya turut menahan 430 orang dan merampas wang tunai berjumlah RM17,992.
Sumber: Sinar Harian